BAZAAR RAMADHAN DDEC DI JALAN KIA PENG

12 Jul 2013 11:19
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, DDEC telah mengambil inisiatif dengan membuka Bazaar Ramadhan untuk memudahkan orang ramai terutama yang bekerja di sekitar Kuala Lumpur membeli juadah untuk berbuka puasa. Lebih 20 gerai dibuka dengan pelbagai juadah istimewa yang pasti menarik perhatian para pengunjung. Antara juadah istimewa yang dijual adalah seperti kambing panggang, ikan bakar, aneka mee, pelbagai jenis minuman, nasi berlauk, kuih-muih dan banyak lagi. Bazaar ini dibuka setiap hari bermula pada pukul 4 petang sehingga waktu berbuka puasa. Lokasi bazaar ini terletak di Dataran DDEC, Jalan Kia Peng iaitu berhampiran dengan Kompleks Kraftangan, Prince Court Medical Centre dan KLCC. Tempat letak kereta juga disediakan secara percuma kepada pengunjung yang datang. DDEC menjemput orang ramai yang berada di kawasan berhampiran untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan bazaar ini. SUMBER : Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC) UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: NAMA : Azmira Hanim Binti Ahmad Eksekutif Komunikasi Korporat DDEC TEL : 03-2161 9002 FAKS : 03-2161 9003 --BERNAMA