ANGKASA MEMPERBAHARUI KONTRAK PERISIAN DAN PERKHIDMATAN UNISYS CLEARPATH UNTUK MENYOKONG APLIKASI MISI-KRITIKAL

12 Jul 2013 11:19
- Teknologi ClearPath Unisys menyediakan kepada ANGKASA dengan kelenturan dan keselamatan untuk bertindak balas segera kepada keperluan koperasi Malaysia yang sentiasa berubah. KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Unisys Corporation (NYSE: UI) hari ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya di Malaysia telah menandatangani satu kontrak pembaharuan dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), badan tertinggi dalam pergerakan koperasi di Malaysia, untuk terus menyediakan pelbagai perisian ClearPath Unisys, perkhidmatan perundingan teknikal dan perundingan pembangunan aplikasi bagi sistem senarai gaji ANGKASA (SPGA). Mengikut kontrak lima tahun itu, Unisys akan terus menyediakan kepada ANGKASA dengan perisian bagi sistem ClearPath Libra termasuk Unisys Enterprise Application Environment, ClearPath ePortal dan Enterprise Output Manager. Unisys juga akan memberikan perundingan perkhidmatan teknikal dan pembangunan aplikasi dan penyelenggaraan perkakasan. Dengan keahlian yang terdiri daripada lebih daripada 5,000 buah koperasi, ANGKASA menyediakan latihan, pendidikan dan latihan keusahawanan, dan menawarkan perkhidmatan sokongan pentadbiran kepada ahli-ahlinya. Antara perkhidmatannya yang banyak, ANGKASA bertindak sebagai satu gerbang pembayaran antara majikan bagi ahli-ahli koperasi dan institusi pinjaman untuk menyediakan pembayaran automatik bagi langganan bulanan, ansuran pinjaman, premium insurans, dan lain-lain yuran melalui pemotongan gaji. Perkhidmatan itu membolehkan koperasi dan institusi pinjaman yang lain untuk menyelaraskan pungutan pembayaran dalam satu cara yang sistematik dan selamat. Sejak tahun 1996, ANGKASA telah bergantung kepada persekitaran teknologi ClearPath Unisys yang terjamin selamat dan fleksibel untuk membangun dan menjalankan aplikasi terasnya iaitu pemotongan gaji. Memandangkan teknologi terus berkembang, ANGKASA telah dapat meningkatkan sistem IT tanpa perlu menulis semula kod program. Pelayan ClearPath menggunakan pemeteran, satu model perniagaan bayar sebelum menggunakannya, yang menyediakan keupayaan pemprosesan apabila diperlukan untuk menangani beban kerja yang semakin meningkat dan memproseskan permintaan yang didorong oleh pangkalan keanggotaan yang semakin meningkat dan pelbagai rangkaian perkhidmatan dan peralatan berasaskan web yang berkembang yang ditawarkan. Encik Jahangir Mohamed Naina, Pengarah Jualan Teknologi, Perunding dan Integrasi Penyelesaian, Asia Selatan, Unisys, berkata: "Persekitaran ClearPath Unisys menyediakan ANGKASA dengan fleksibiliti untuk bertindak balas dengan cepat kepada perubahan keperluan pemasaran dan beban kerja yang tidak menentu yang diwujudkan oleh penggunaan laman sesawang vyang semakin meningkat, dengan digabungkan dengan tahap kebolehpercayaan dan keselamatan yang tinggi yang diperlukan untuk menyokong urus niaga kewangan." Maklumat mengenai Unisys Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf antarabangsa. Kami menyediakan satu portfolio terdiri daripada perkhidmatan, perisian, dan teknologi IT yang menyelesaikan masalah kritikal bagi pelanggan. Kami adalah pakar di dalam membantu pelanggan melancarkan operasi mereka, meningkatkan kecekapan dan penggunaan pusat data mereka, meningkatkan sokongan kepada pengguna akhir dan konstituen mereka, dan memodenkan aplikasi perusahaan mereka. Untuk menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian ini, kami membawa bersama-sama penawaran dan keupayaan di dalam perkhidmatan penyumberan luar, integrasi sistem dan perkhidmatan perundingan, perkhidmatan infrastruktur, perkhidmatan penyelenggaraan, dan teknologi pelayan peringkat tinggi. Dengan kira-kira 23,000 orang pekerja, Unisys memberi perkhidmatan kepada organisasi komersil dan agensi kerajaan di seluruh dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang: www.unisys.com. Maklumat mengenai Unisys Asia Pacific Di Asia Pasifik, Unisys menyampaikan perkhidmatan dan penyelesaian menerusi anak syarikat di Australia [http://www.unisys.com/unisys/countrysite/index.jsp?cid=300010], New Zealand [http://www.unisys.com/unisys/countrysite/index.jsp?cid=900002], China, Hong Kong [http://www.unisys.com/unisys/countrysite/index.jsp?cid=900004], India [http://www.unisys.com/unisys/countrysite/index.jsp?cid=100008], Malaysia [http://www.unisys.com/unisys/countrysite/index.jsp?cid=2200002], Filipina [http://www.unisys.com/unisys/countrysite/index.jsp?cid=900006], Singapura [http://www.unisys.com/unisys/countrysite/index.jsp?cid=1000002], dan Taiwan dan menerusi pengedar atau penjual semula di negara lain di rantau itu. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang: www.unisys.com.my. Ikuti kami di www.twitter.com/UnisysAPAC. Unisys adalah cap dagang berdaftar milik Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk lain yang dirujuk di sini diakui sebagai cap dagang atau cap dagang berdaftar bagi pemegang masing-masing. SUMBER: Unisys UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: NAMA : Claire Hosegood Unisys TEL : + 61 411 253 663 E-MEL : claire.hosegood@au.unisys.com --BERNAMA