GRAVITY COLLECTION, INC.MENGAMBIL ALIH HAK AMERIKA UTARA TERHADAP SIRI SUKAN KEMBARA AKSI NINE LIVES, TERMASUK NIGHT RIDER, DEEP BLUE DAN SKYSURFER

12 Jul 2013 11:19
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Gravity Collection iaitu sebuah syarikat hiburan yang berpangkalan di Denver, Colorado telah mengambil alih siri televisyen tiga belas episod, yang bertajuk "Nine Lives," yang menayangkan atlet kembara dan ekstrem kelas dunia iaitu Mark Visser.Siri-siri tersebut akan menayangkan cerita di sebalik tabir pergerakan dan kejadian yang menjadikan siri Nine Lives sesuatu yang mendebarkan, yang termasuk Night Rider, Deep Blue dan Skysurfer.Siri tersebut yang dihasilkan oleh Richard Scotts daripada RJMEDIA akan mengikuti atlet sukan aksi iaitu Mark Visser and di samping itu jurukamera yang berani akan menerokai lokasi terpencil dan peluncuran gergasi, termasuk menunggang JAWS pada waktu malam di Maui, Hawaii.Projek perintis tersebut akan diarahkan oleh Scotts dengan pembiayaan menerusi Gravity Collection.Harry S. Vested, Jr. yang mewakili Gravity Collection dan Richard Scotts daripada RJMEDIA akan bertindak sebagai Penerbit Eksekutif bagi siri tersebut. Gravity Collection, Inc. yang ditubuhkan pada 2005 telah mengumpul banyak kandungan dalam genre sukan ekstrem dan merupakan salah satu pembekal kandungan terbesar bagi kandungan sukan aksi.Pengambilalihan strategik ini memberikan satu lagi Siri Asal kepada Gravity Collection yang menerokai gaya hidup aktiviti sukan air yang mengandungi banyak aksi. Vested menyatakan, "Scotts dan krew RJMEDIA yang suka kepada cabaran tidak gentar untuk mempertaruhkan nyawa mereka dan dengan 'Nine Lives' kami tahu mereka memperjudikan nasib mereka.Ini merupakan televisyen yang menarik."Tambah Scotts, "Kami yakin bahawa 'Nine Lives' bukan hanya akan menarik perhatian mereka di dalam bidang sukan aksi malah penonton arus perdana yang inginkan sesuatu yang lebih mencabar.Bersama-sama dengan Harry S. Vested, Jr., dan pasukan Gravity Collection, kami tidak terikat untuk mengetengahkan rancangan realiti, tetapi diberi fleksibiliti untuk menumpukan pada watak-watak dan penceritaan yang menarik." Tentang RJMEDIA RJMEDIA ialah sebuah Syarikat Hiburan yang berpangkalan di Sydney, Australia, yang memfokuskan pada rangkaian peluang penghasilan kandungan yang luas dalam media digital, penerbitan iklan, acara-acara secara langsung, tayangan filem dan televisyen. RJMEDIA dengan struktur unik dan kebebasan operasi bekerjasama dengan penerbit tempatan, rakan kongsi pengedaran global dan sumber pembiayaan bagi melancarkan setiap usaha sama. Pasukan dalaman berpengalaman RJMEDIA adalah berbakat dalam pelbagai genre, format dan teknologi yang terkini. Senarai klien syarikat merangkumi rangkaian peneraju industri yang luas di dalam kategori masing-masing. Tentang Gravity Collection Gravity Collection, Inc., sebuah syarikat media digital telah ditubuhkan pada 2005, di mana mereka mula mengumpul kandungan di dalam jenis sukan aksi ekstrem. Sejak dari itu, Gravity Collection, Inc. telah mengumpul bahan yang sangat banyak dan merupakan salah satu pembekal kandungan terbesar bagi sukan aksi, meliputi semua disiplin misalnya permainan ski, luncur papan salji, motocross, BMX, papan selaju, peluncuran, berbasikal gunung, terjunan B.A.S.E., sukan geluncur angin, luncur udara, mendaki batuan, pelayaran layang-layang dan banyak lagi. Syarikat memiliki kira-kira 2,000 jam kandungan di bawah kawalan di dalam simpanannya.Matlamat pengasas rangkaian adalah untuk mewujudkan saluran pengedaran meluas merentasi semua media (linear tradisional, VOD, PVOD, dalam talian, wayarles, dan lain-lain), dengan pengaturcaraan dihasilkan secara eksklusif daripada genre sukan aksi mengujakan lagi ekstrem, yang secara konsisten telah ditayangkan kepada penonton yang meluas, dengan daya tarikan terutamanya kepada golongan Lelaki/Dewasa 18-34 tahun yang sukar untuk dicapai, yang telah dilancarkan pada 2011.Syarikat telah memeterai kerjasama strategik dengan beberapa Syarikat Fortune 100 bagi menyediakan kandungan yang dikodkan dan disulitkan untuk eksploitasi iklan serta menerbitkan atau menerbitkan bersama pelbagai kandungan filem dan televisyen.Pertumbuhan syarikat sepanjang enam hingga dua belas akan datang akan jelas menampilkannya sebagai pengagregat terkemuka dalam bidang sukan aksi. SUMBER: Gravity Collection, Inc. UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: Gravity Collection, Inc. info@gravitycollection.com Tel:+1 303.517.6911 --BERNAMA