GRAVITY COLLECTION, INC.(GRAVITY) MEMETERAI PERJANJIAN BAGI MEMPEROLEH ENAM PULUH PERATUS (60%) KEPENTINGAN DALAM RJ MEDIA YANG BERPANGKALAN DI AUSTRALIA

12 Jul 2013 11:19
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- GRAVITY COLLECTION, INC.(GRAVITY) mengumumkan hari ini bahawa mereka telah menandatangani satu Perjanjian Penempatan Persendirian Khas (SPPA) bagi mengambil alih Enam Puluh peratus (60%) kepentingan dalam RJ Media yang berpangkalan di Sydney, Australia. Rancangan GRAVITY COLLECTION adalah untuk mengembangkan jangkauan ke seluruh negara dan globalnya dengan pengambilalihan, pengaturcaraan, pengedaran dan penjenamaan. Ketua Pegawai Eksekutif GRAVITY COLLECTION'S, Harry S. Vested, Jr. menyatakan:"Perjanjian dengan RJ Media ini akan memainkan peranan penting dalam pengembangan projek dan pengaturcaraan kami.GRAVITY COLLECTION teruja untuk bekerjasama dengan RJ Media ketika kami melangkah ke hadapan dengan saluran dan jenama kami.Saluran dan aplikasi berjenama GCI akan menyiarkan ratusan jam pengaturcaraan sukan aksi dan sukan luar utama, serta acara-acara secara langsung.Ini termasuk kandungan televisyen yang diterbitkan dari sumber asal, tayangan filem popular, video pendek dan klip daripada penerbit dan pembikin filem terbaik dunia dalam jenis sukan aksi termasuk sukan peluncuran, luncur papan salji, permainan ski, papan selaju, berbasikal gunung, motocross, mendaki, dan banyak lagi. "Saluran GCI akan menawarkan peluang pengaturcaraan peneraju industri kepada penerbit kandungan yang direka bagi memaksimumkan pendapatan iklan untuk penerbit di seluruh dunia.Di samping itu, penerbit televisyen dan pembikin filem akan mengambil bahagian dengan pilihan eksklusif bertujuan pada memaksimumkan jangkauan, kebolehlihatan dan kerelevanan dengan pengguna, termasuk saluran pelbagai platform dan saluran tambahan yang tidak terhad. "Saluran GCI kami bukan hanya akan membantu penerbit televisyen, pembikin filem dan jenama memaksimumkan jangkauan mereka, malah akan membantu peminat menemui kandungan yang berkualiti dengan mudah," ujar Harry S. Vested, Jr., Ketua Pegawai Eksekutif Gravity Collection, Inc."Rancangan kami adalah untuk membangunkan tawaran saluran GCI di seluruh dunia, dan memastikannya menyiarkan koleksi kandungan sukan aksi dan sukan luar yang terbesar dan terbaik yang boleh didapati di dalam saluran sukan aksi berjenama tunggal di dunia, serta berbilang platform.Tiada saluran sukan aksi lain yang menawarkan begitu banyak jenis siaran atau pilihan pemasaran meluas dan komprehensif kepada peminat.Apa yang membuatkan GCI berbeza daripada syarikat-syarikat lain ialah keupayaan kami mewujudkan kandungan asal, acara langsung kualiti tinggi serta memasarkan jenama GCI di bawah kempen pemasaran kebangsaan yang berterusan bagi memaksimumkan jangkauan dan menarik penonton, serta memberikan kepakaran pengurusan media dan pengoptimuman carian kami.Ini adalah unik dalam bidang sukan aksi." GRAVITY COLLECTION, INC., (GRAVITY), merupakan peneraju dalam pengaturcaraan televisyen dan filem sukan aksi dan sukan luar, merentasi platform paling luas dan canggih yang tersedia kepada genre yang ada.GCI telah pun mengedarkan media berpakej kepada lebih 2.6 bilion penonton dan peniaga di seluruh dunia; memegang kontrak bagi menyiarkan tayangan filem merentasi pelbagai rangkaian outlet pengedaran saluran dan pelbagai platform digital; menyediakan kandungan televisyen dan video atas permintaan. Misi syarikat ialah menyampaikan kumpulan tayangan filem sukan aksi dan sukan luar, kandungan asal dan acara-acara secara langsung terbaik dalam kelas kepada penonton di serata dunia.GCI mewakili kepentingan beberapa pembikin filem paling berpengaruh dan jenama yang dikenali dengan memaksimumkan nilai menerusi eksploitasi hal pelbagai platform yang komprehensif.GCI mengekalkan salah satu koleksi kandungan televisyen dan filem yang terbesar dan paling banyak memenangi anugerah dalam genrenya. Pasukan media penyiaran GCI terdiri daripada para eksekutif RJ Media, penerbit terbaik, pakar pengedaran dan peserta yang bersemangat dalam gaya hidup sukan aksi dan sukan luar.GCI beribu pejabat dengan pejabat-pejabat yang terletak di Denver, New York, Sydney, Australia dan Beijing, China. Tentang RJMEDIA, (RJMEDIA), ialah sebuah Syarikat Hiburan Sukan berpangkalan di Sydney, Australia, yang memfokuskan pada rangkaian peluang penghasilan kandungan yang luas dalam media digital, penerbitan iklan, acara-acara secara langsung, tayangan filem dan televisyen.With unique structural and operational independence, RJMEDIA dengan struktur unik dan kebebasan operasi bekerjasama dengan penerbit tempatan, rakan kongsi pengedaran global dan sumber pembiayaan bagi melancarkan setiap usaha sama.Pasukan dalaman berpengalaman RJMEDIA adalah berbakat dalam pelbagai genre, format dan teknologi yang terkini.Senarai klien syarikat merangkumi rangkaian peneraju industri yang luas di dalam kategori masing-masing di seluruh dunia. SUMBER: Gravity Collection, Inc. UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: GRAVITY COLLECTION, INC. TEL : 303-517-6911 EMEL : info@gravitycollection.com --BERNAMA