BANK NOMBOR SATU DI MALAYSIA DALAM PERBANKAN HUJUNG MINGGU KINI DI KOTA KEMUNING

12 Jul 2013 11:19
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- AmBank, pembekal perkhidmatan perbankan hujung minggu nombor satu dan juga dikenali kerana pembiayaan Auto dan kemudahan ATM di kedai serbaguna 7- Eleven, kini telah memperluaskan liputannya dengan pembukaan cawangan yang ke-188 di Kota Kemuning. Penduduk di sekitar Kota Kemuning, Bukit Rimau, Shah Alam dan Alam Impian kini boleh mendapatkan perkhidmatan perbankan AmBank dengan lebih mudah dengan adanya tempat letak kereta yang mencukupi. Perbankan hujung minggu juga akan disediakan pada hari Ahad pertama dan terakhir setiap bulan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi perkhidmatan perbankan hujung minggu. "Reka bentuk ergonomik cawangan terbaru kami di Kota Kemuning telah dirancang untuk memaksimumkan perkhidmatan dan keselesaan pelanggan. Butiran seperti ketinggian kaunter, kerusi, skim warna telah dipertimbangkan secara terperinci bagi meningkatkan pengalaman pelanggan kami dari pelbagai aspek," kata Puan Suraya Hassan, Ketua, Pengagihan Runcit, AmBank. Terletak di hujung Jalan Anggerik Vanilla BE31/BE, cawangan terbaru ini terletak dalam jarak berjalan kaki dari rumah, restoran dan kedai-kedai runcit yang lain. Cawangan ini mempunyai Pusat Perbankan Elektronik 24 jam yang lengkap dengan Mesin ATM, Mesin Deposit Tunai dan Mesin Deposit Cek. Pelanggan boleh membuat pembayaran dan transaksi perbankan lain selepas waktu pejabat dan disokong oleh Pusat Perhubungan 24 jam yang telah memenangi banyak anugerah, tujuh hari seminggu. Sebagai sebahagian daripada promosi istimewa pembukaan cawangan baru ini, pelanggan akan menikmati pelbaga promosi: - • Kadar deposit Tetap / Penggal 3.70% setahun • Faedah tambahan sebanyak 0.40% dan juga 3.70% setahun bagi kadar deposit Tetap / Penggal dengan setiap pendaftaran kad kredit • Kad percuma Starbucks bernilai RM20 dengan pendaftaran kad Platinum / Visa Signature. • Kurang 1% daripada yuran penyertaan untuk semua dana Ekuiti AmInvest • Sehingga BLR â€"2.50% untuk Pembiayaan Perumahan. • 5% diskaun untuk insuran motor. Promosi-promosi ini sah sehingga Ogos 2013. Tentang Kumpulan AmBank Kumpulan AmBank adalah antara kumpulan perkhidmatan kewangan utama dengan posisi kepimpinanan dalam perbankan runcit, perbankan komersial, perbankan pelaburan dan sektor-sektor insuran. Dengan sejarah yang kukuh dan rekod yang baik dalam inovasi serta berfokus pelanggan, Kumpulan AmBank terus berkhidmat kepada pelanggan-pelanggannya dengan perkhidmatan dan produk berinovasi yang luas. Kumpulan AmBank menyediakan pelbagai perkhidmatan perbankan dan kewangan termasuk pinjaman, pendahuluan dan pembiayaan, perkhidmatan deposit, kad kredit, perkhidmatan kiriman wang, pertukaran asing, perkhidmatan perbankan Islam (melalui subsidiari milikan penuh, AmIslamic Bank) serta insuran hayat dan umum. Menambah lebih nilai kepada hub kewangan setempat adalah gandingan dengan Australia & New Zealand Banking Group (ANZ), antara bank utama Australia. Kumpulan AmBank sekarang bersedia untuk mengambil kesempatan kehadiran kawasan dan rangkaian luas ANZ serta kepakaran perbankan antarabangsanya. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ambankgroup.com Sumber : AmBank UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: Nama : Syed Anuar Syed Ali Pengurus Besar Kanan, Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan, Kumpulan AmBank Tel : 03-2167 1703 Emel : sasa@ambankgroup.com --BERNAMA