SHAO QIWEI: SICHUAN DAN YA'AN MASIH CANTIK DAN SELAMAT SEPERTI SEBELUMNYA

12 Jul 2013 11:19
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Selepas melakukan siasatan di tapak, di Wilayah Lushan, Bandar Raya Ya'an yang selesai pada 24 Jun, Shao Qiwei, Ketua Pengarah Pentadbiran Pelancong Nasional China, berkata "Sichuan dan Ya'an kekal cantik dan selamat seperti sedia kala. Wilayah Lushan dan Wilayah Baoxing dipulihkan dan dibangunkan semula, dan pasaran pelancongan Sichuan sewajarnya pulih dan dibuka sepenuhnya. Dan saya, bagi pihak Pentadbiran Pelancongan Nasional China, dengan ikhlas mempelawa rakan-rakan dari seluruh dunia untuk datang melancong ke Wilayah Sichuan." Sichuan, pusat panda gergasi, terletak di kawasan pedalaman di Barat Daya China di bahagian hulu Sungai Yangtze, pada garisan lintang 30 darjah, dan terkenal dengan "Land of Abundance" atau Tanah yang makmur). Lokasi Lembah Jiuzhaigou (Jiuzhaigou Valley) - "Fairy World" atau Dunia Pari-pari, Huanglong - "Heavenly Jade Pool on Earth" atau Syurga Batu Jed Dunia, Mt. Emei - salah satu daripada empat Resort Buddha dan Shangri-la di Daocheng Yading - "Elysium terakhir di Blue Star", ia menarik pelancong dengan keindahan gunung dan sungai, makanan yang unik, arak dan teh, opera tempatan yang unik, budaya masyarakat Tibet yang pelbagai dan menarik serta adat resam masyarakat Qiang dan Yi. Kini, Sichuan mempelawa pelancong dan mereka yang gemar mengembara supaya melawat wilayah itu. Anda perihatin, maka anda datang, dan anda datang, maka anda perihatin. Sichuan akan lebih cantik dengan keperihatinan anda. Maklumat lanjut, layari www.tsichuan.com Pautan Imej-Imej Lampiran : http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=229820 http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=229821 http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=229822 http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=229823 http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=229824 SUMBER : Pusat Maklumat Pelancongan Wilayah Sichuan --BERNAMA