FPAM LANTIK PRESIDEN BAHARU

12 Jul 2013 11:19

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM) telah melantik Sharifatul Hanizah Said Ali sebagai presiden, berkuat kuasa 3 Julai.

Beliau akan menggantikan Wong Boon Choy yang bersara selepas mengetuai persatuan itu selama dua penggal, kata FPAM dalam satu kenyataan hari ini.

"Hanizah yang telah menjadi ahli lembaga sejak 2010 telah membawa bersama pengalaman beliau dalam industri perkhidmatan kewangan dan akan memajukan industri itu," tambah FPAM.

-- BERNAMA

KAL KAL VMD AA